T:ZI – WASILAH (2001)

T ZI

Dengo lagunya kat sini weh…

DENDANG BUJANG DAN DARA

Jikalau puan menampi
Jangan tertumpah padinya
Berwaspadalah mereka
Yang menanam tebu di bibir

Kaki sudah terlangkahkan
Tangan sudah terjembakan
Sekali lancung keujian
Seumur hidup tak dipercaya

* Berdendanglah zapin bujang dan dara
Bersenandung tatasusila
Layarkan bahtera muhibah
Berpandukan berpayung peta pujangga

** Senandungkan senandung layar mu
Dengan tatasusila budaya
Teruskanlah teruskan layar mu
Tuju pulau impian persandingan

Biar hanyut ke tebing lurah
Hasrat mengulas seakal budi
Kalau berkasih biar bererti
Moga sampai ke penghujung nanti

Andai tersesat haluan
Pulanglah ke pangkalannya
Kesilapan usah diteruskan
Kelak nanti padah melanda

Ulang * dan **

Senandungkan senandung layar mu
Dengan tatasusila sayang
Teruskanlah teruskan layar mu
Tuju pulau impian persandingan

Senandungkan senandung layar mu
Dengan tatasusila budaya
Teruskanlah teruskan layar mu
Tuju pulau impian persandingan

Lagu: T zi
Lirik: T zi

Sila Komen/ Leave a Reply