RAMLI SARIP – WARISAN (1989)

RAMLI SARIP

Dengo lagunya kat sini weh…

MAHKOTA

Bagaikan patung-patung ukiran
Ibaratkan karya lukisan
Wajah-wajah ayu diperagakan
Dipamirkan menurut giliran

Atur langkah mengikut alunan
Bibir merah menguntum senyuman
Penonton ghairah dengan khayalan
Gementar hati menanti keputusan

Korus:
Demi gelaran
Ratu perawan
Sanggupkah dirimu diperalatkan
Demi kilauan
Satu peranan
Relakan dirimu dipergunakan

Apakah ertinya mahkota
Apa yang ada pada piala
Jika mertabatmu sebagai manusia
Direndahkan ke taraf boneka

Ulang korus 2x

Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Art Fazil

Dengo lagunya kat sini weh…

LAGENDA SEPANJANG ZAMAN

Kerana dia lagenda dicipta
Dunia bersama alam maya
Dicipta kerananya
Dialah lagenda sepanjang masa

Dialah yang awal dan juga terakhir
Penutup bagi segala ternama
Terciptanya dunia
Untuk baginda insan dan segalanya

* Dia lagenda lagenda sepanjang masa
Dia lagenda lagenda sepanjang zaman
Penyuluh jalan hidup
Bagi insan yang dalam kegelapan

Ulang *

Solo

Perintah dari yang maha kuasa
Membelah mencuci kalbu nurani
Bersih suci dan murni
Dialah lagenda sepanjang masa

Ulang *

Ulang *

Lagu: Ramli Sarip
Lirik: Ramli Sarip

9 Responses to RAMLI SARIP – WARISAN (1989)

  1. skeWwEKS berkata:

    salam chet_chebo.com..lagu2 ni downloadnyer camner???bleh gtau x??skeWwEKS memerlukannyer..huk4x.. plsss chet_chebo.com..

  2. matTakia berkata:

    Saya rindu dgn lagu ramli sarip ‘lagenda sepanjang zaman’ dari album warisan sebab kasetnye dah hilang. Lagi kisah nabi saw. Boleh tolong upload? Saya benar benar nak dengar lagu ni.

  3. mat4nira berkata:

    Asskum MatTakia,

    Insyaallah minggu dpn saya uploadkan 🙂

  4. anirou izwanu berkata:

    album fav saya !! wowww !!

Sila Komen/ Leave a Reply