FAIRUZ HUSSEIN – FAIRUZ HUSSEIN (1989)

FAIRUZ

Dengo lagunya kat sini weh…

LAGU SAMBA RIA

Betapa indah malam minggu
Tiada awan kelabu
Terangnya bintang gemerlapan
Seolah dia pun tahu

Apatah lagi bila tiba
Irama nan mengasyikkan
Bila kabasa pun bergoncang
Lalu bahu pun bergoyang

Aneka warna berkeliaran
Tiap satu nan menawan
Biar apa jua tarian
Asal hati keriangan

Janganlah malu atau segan
Mulakah langkah ke depan
Jika ingin mengubati hati
Marilah kita beraksi

* Mari kita menyanyi
Bersama lagu samba ria
Agar segala hati
Nan lara jadi sukaria

** Mari kita menari
Bersama lagu samba ria
Mari meraikan rasa cinta kita

Kelap kelip lampu di kota
Mengikut irama nada
Bila menjelma sang purnama
Makin hangat suasana

Apakah waktunya sekarang
Ku tanya pada seorang
Jawabnya, masih muda lagi
Selagi kita menyanyi

(Ulang * dan **)

Bersama kakak, adik, abang
Kita bergandingan tangan
Sama-sama kita berdendang
Samba ria kedamaian

(Ulang * dan **)

Samba

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Johan Nawawi

1 Responses to FAIRUZ HUSSEIN – FAIRUZ HUSSEIN (1989)

  1. Jay Kay berkata:

    Album ini tidak pernah dikeluarkan dalam format CD.

Sila Komen/ Leave a Reply