N.D. LALA – PE’EL.2 KATA TAK SEKATA (1994)

ND LALA

Dengo lagunya kat sini weh…

DIARI Y.B.

Bangun pagi-pagi, tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi, nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan, dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan, nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul lapan, YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan, pengundi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang, ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang, suruh YB segera timbang
Hee… aaa…

Pada waktu tengah hari, pda pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi, silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk, orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk, poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang, ada satu sidang
YB tak boleh tak datang, takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola, YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya, jersi baru kami hai macam mana
Hee… aaa…

Bila malam tiba, ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia, kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah, kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah, tapi nak tinjau masalah

Walau dah lenguh badan, YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan, apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan, YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan, sambil tu kenalah belanja makan

Sewaktu YB balik, burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik, anak-anak pulak dah lama tergolek
Selepas YB mandi, YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri, cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari YB tak tidur lagi, esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

Assalamualaikum YB…

Lagu: ND Lala
Lirik: Adi Al Hadi

1 Responses to N.D. LALA – PE’EL.2 KATA TAK SEKATA (1994)

  1. deghoyan berkata:

    Salam yob, lagu nie teman suka weh…

Sila Komen/ Leave a Reply