SANI SUDIN – DALAM RIMBA KARYA (1997)

SANI SUDIN

Dengo lagunya kat sini weh…

KERONGSANG JIWA

Dalam sinarmu
Ada janji yang mungkiri
Dalam janjiku
Ada kata tak terlafazkan

Dalam suara yang berkata
Siapakah dia
Kerana aku tiada rindu
Rindu yang padu

Dalam tamanmu kau berdiri
Merenung aku
Rimba kasihmu ku berjalan
Mencari rindu

Di angin lalu
Ku menghela nafas nafas mu
Adakalanya ada waktu
Menggigil aku

Bila pintu itu terbuka
Lalu ku sedar siapa gerangan yang
Menjala rindu dan mengaut cinta
Engkaulah janjiku

Dan pintu alam pun terbuka
Mendengar gemersik suaranya
Dari sinaran yang lentera
Aku jaga dari terlena
Dari mimpi mimpi durjana
Minggir dari nyaman noda

Setelah mimpi
Jadi nyata nyata sekali
Aku pun rela kau
Pun redha di jalan ini

Sambil bersiul
Melagukan keroncong jiwa
Engkau dan aku
Kini bagai cinta dan rindu

Lagu: Sani Sudin
Lirik: Nur Mohd

12 Responses to SANI SUDIN – DALAM RIMBA KARYA (1997)

  1. kacaptelabik says:

    salam, terima kasih banyak2.. akhirnya jumpa jugak album ni..
    cuma sy nak minta tolong, bagaimana untuk saya dapatkan album ni?

    • mat4nira says:

      Salam Kacaptelabik, sya pon tak pasti samaada kaset nie masih di jual di pasaraya sogo ataupun tidak… sya beli kaset nie 6 tahun lepas…

  2. jep jatara says:

    salam,tersangat2 la terima kasih.mencari sungguh aku cari lagu nie.aku ade dulu album nie,cd lagi.malangnye hilang tah kemane la,bleh anda send kat sy lagu2 lain x?

  3. hasz says:

    assalamualaikum.. bro..
    boleh tolong send kt saya semua lirik dlm album ni x?

  4. mat4nira says:

    😉 Hehehe, Hasz minta maap, permintaan anda xdpt saya penuhi. tk

  5. kacaptelabik says:

    maaf menganggu sekali lagi bang, boleh sent ke emel sy.. terima kasih

  6. Sulaiman Ahmad says:

    salam tuan. minta jasa baik tuan email saya semua lagu dalam album ni. lama sangat dah cari. xde jual dah rasanya. Kalau tuan ada album SAYA tersangatlah indahnya… 😀

  7. Abdul Talib says:

    Saya sangat meminati pesona kumpulan kopratasa, lebih2 lagi saudara Sani Sudin. Sekali pandang mcm geng2 tabligh haha. Saudara Mat Nira, bolehkah kiranya send lagu2 dari album ini? Terima kasih didahulakan…

    PS: Saya ni bekas pelajar SMKDARY Bota, Saudara Mat Nira sekolah kat situ jugak ke?

  8. yakid says:

    kat mana nak carik album nih… kaset yg ada dah terputus band nya… huhuhuh…

  9. mat4nira says:

    payah nak cari album ni, ni pun dapat kat Amcorp Mall

  10. izzat says:

    salam..saya berminat untuk tahu apa kisah disebalik lagu ini…

Sila Komen/ Leave a Reply

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: