SUTERA 3 (2002)

SUTERA 3

Dengo lagunya kat sini weh…

SOAL HATI – ERRA FAZIRA

Kau hanya wajah biasa di mata ku
Pasti lenyap sederas tiba mu
Tak perlu aku memikirkan mu selalu

Kau tiba pada waktu tak terduga
Dalam mimpi dan di dalam jaga
Sehingga aku bukan diri ku yang dulu

Soalnya hati sukar dimengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa
Sejak tersua aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpi ku
Ku dalam igauan rindu

Kau yang biasa kini istimewa
Engkau membuat hidup ku berubah
Yang ku cari-cari selama ini
Telah ku temui

* Soalnya hati sukar dimengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa
Sejak tersua aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpi ku
Ku dalam igauan

Kau mewarnai mimpi ku
Ku dalam igauan rindu

Ulang *

Ku dalam igauan
Ku dalam igauan… ku dalam igauan
Rindu

Lagu: Illusif
Lirik: Habsah Hassan

Sila Komen/ Leave a Reply