SOLUTION – ISTIHAR (1999)

SOLUTION

Dengo lagunya kat sini weh…

RINDU PASTI MERINDU

Detik indah pun bermula
Menyeri warna hidupku
Tika kau hadir bagai memberi
Penawar luka ini

Begitu masih menjelma
Kisah pilu nan kelabu
Bukan ku sangsi cuma terfikir
Jika hadirmu hanya sementara

* Andainya aku nanti lemas
Ketika gelora menghempas durja
Masihkah kau hargai cinta
Yang ku bawa di bahtera asmara

** Berkasih seteguh pada yang satu
Moga di hati kecap bahagia
Jika diuji terpisah jauh
Rindu pasti merindu

Bersamalah kita saling berdoa
Agar cinta kekal selamanya
Biar derita sering bertamu
Kasihku kan selalu padamu

Solo

Ulang * dan **

*** Bersamalah kita saling berdoa
Agar cinta kekal selamanya
Biar derita sering bertamu
Takkan hilang kerana

Ulang ** dan ***

Ulang **

Lagu: Ajai
Lirik: Enal Esmal

Sila Komen/ Leave a Reply