SITI FAIRUZ – WAJAH CINTA (1985)

SITI FAIRUZ

Dengo lagunya kat sini weh…

SEBUTAN TAK BERMAKNA

Dunia jangan kau ucapkan
Kata-kata kemesraan
Bukan madah yang mengukur
Ketulusan mu

Jangan lagi pemberian
Kau jadikan persembahan
Bukan benda yang mengikat
Ku pada mu

* Betapa pun kata mu
Kasih mu suci
Bagi ku semua tak bererti
Apalah yang ada
Pada kata-kata
Sekadar sebutan tak bermakna

** Telah sering ku dengari
Engkau mengulangi janji
Sejak mula hingga kini
Tinggal janji

Ulang * hingga **

Lagu: Ahmad Nawab
Lirik: Habsah Hassan

Dengo lagunya kat sini weh…

USAH BERTANYA LAGI

Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda
Ku terluka

Engkau kagum melihat sikap ku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya, ku amat kecewa
Dalam senyum ku sengsara

* Usah berkirim salam melalui teman mu
Usah bertanya lagi tentang diri ku
Usah diungkit-ungkit kisah nan lalu
Usah kau kenangkan saat-saat manis
Yang pedih menghiris

** Masih kau terlalu ku sayangi
Walau aku ingin kau kembali
Namun kerna harga diri
Biarlah ku pendam hasrat hati

Ulang * hingga **

Lagu: Ahmad Nawab
Lirik: Habsah Hassan

Sila Komen/ Leave a Reply