LEFTHANDED – NAFAS (1996)

LEFTHANDED

Dengo lagunya kat sini weh…

NAFAS RINDU

Titisan tangisan semalam
Menghimpun rahsia di dalam sendu
Gementar aku tak bermaya
Betapa cintamu menjadi mangsa
Keangkuhanku

Bagaikan gelap alam maya
Itulah sepi perasaan ini
Biarpun seribu kesalan
Tak mungkin dapat mengubah semula
Di kala ini langit kelabu
Meniti hari di dalam keliru

Kehadiranmu kembali
Merebutku dari gelora
Tersentuh hati pabila
Kau sedia memberi
Kemaafan

Nafas rinduku
Memeluk kasihmu dalam kesyukuran
Di dalam syahdu
Menitis air mata ini
Di pertemuan

Kekasih
Kaulah sebenarnya
Gemala penyuluh jalan bahagia
Padamu ku ikrarkan janji
Cintamu tak kupersiakan lagi

Biarpun diri dimamah gerhana
Kasih sucimu akan ku bela
Pasti ku bela
Itulah janji padamu

Lagu: Arab
Lirik: Arab/Rosli Ali

1 Responses to LEFTHANDED – NAFAS (1996)

  1. Tanpa Nama berkata:

    hamid lefthanded dimana sekarang?

Sila Komen/ Leave a Reply