N. D. LALA – BALADA CINTAMU BALADA CINTAKU (1990)

N. D. LALA

Dengo lagunya kat sini weh…

BALADA CINTAMU BALADA CINTAKU

Di pesta ini menyaksikan balada cintamu
Ada petanda di wajah-wajah yang keriangan
Hatimu senandungkan lagu syahdu

Apakah engkau cuba menyembunyikan kisahmu
Mengharap airmata agar tidak menyirami
Balada kepalsuan

Berdua dikau merenjis airmataku
Yang lara di mahligai keindahan
Cinta terbuang di mana kau semadikan
Kau jadikan hantaran persandingan

Di pesta ini segalanya menjadi nyata
Tiada lagi aku, walau pernah di hati mu
Balada cinta ini kian berakhir
Di pesta ini berat rasa ku melangkah pergi
Sentuhan duka lara memujuk memapah diri
Tinggallah yang dulu kekasih hati

* Balada cintamu mendodoikan rindu
Balada cintaku terbiar layu
Balada cintamu mendodoikan rindu
Balada cintaku terbiar layu

Kini berpesta lagu duka
Yang ku nyanyi hanyalah untukmu
Di tembok rindu

Ulang *

Lagu: Adnan Hj. Abu Hassan
Lirik: Zur’ain

4 Responses to N. D. LALA – BALADA CINTAMU BALADA CINTAKU (1990)

  1. zairul berkata:

    mcm mana nak download lagu ni ye…
    dah lama cari…
    tq

  2. paksu berkata:

    tolong cari lagu ND lala nyanyi lagu waktu pujuk tantiana dalam filem jejaka perasan.intro dia ” maafkanlah aku sayang…kerana..” yang tu aje aku ingat. Lagu ni sedap sungguh. Kat radio pun takde sapa nak mainkan.Akku tak ingat tajuk lagu ni…

    terima kasih kepada sesiapa yang tolong uploadkan lagu ni nanti.

  3. sam berkata:

    Mantap dngn ayat lagu ni,,,

Sila Komen/ Leave a Reply