BLOODSHED – SAMARKAND (1997)

BLOODSHED

Dengo lagunya kat sini weh…

SRIKANDI CINTAKU

Dingin malam
Tirai kenangan ku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikanmu penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudrat mu tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini ku rasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hatiku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Solo

Kan ku usung oh jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi srikandi cintaku

Lagu: M. Nasir
Lirik: Nasir Jani

Kredit to Mr. Ridhwan

Advertisements

One Response to BLOODSHED – SAMARKAND (1997)

  1. rizal says:

    Aku mengenali Dan Vokal bloodshed. Masa pot kat CM. Masa aku kenal dia . Dia baru balik dari Denmark. Duduk sana . Samapai mengajar art kat sana. Dia memang best dalam lukisan. Dengar kata dia buat air brush kat Ipoh. Masa aku ada kat CM.. banyak minta dia lukis untuk design kat TRshirt, Buat karikatur.
    Dia memang dok berlagak.
    Tetapi yang banyak bg aku nasihat kat CM, FATUL… Infactious maggots. Banyak bg nasihat untuk bergaul dengan MANUSIA di CM. memang apa yg ada dalam lagu m. nasir (sesat dikuala lumpur)memang terjadi kalu aku tak dengar cakap dia. Tapi masa dia lepak dengan aku (FATUL) dalam dunia dia sendiri…setengah org kat dia dah tak betul.. tapi bg aku dia terlalu emosi dalam melukis dan menyanyi.. bila penerimaan kebanyakan dok boleh terima cara dia. dia jadi conflik diri. TAPI, dalam masa terdekat ni aku terbaca dalam ROTTW dan KARISMA. dia dah berjaya..
    Amin.. aku doa’ kan dia terus berjaya. Dan kau banyak bertemina kasih atas nasihat dia.
    Juga ROSDAN.
    Lagu dia buat untuk ANDY F. POPY (cinta) telah top.

Sila Komen/ Leave a Reply

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: