THE BRAIN CONNECTION – AKU DAN KENANGAN (1980)

THE BRAIN CONNECTION

Dengo lagunya kat sini weh…

AKU DAN KENANGAN

Sunyi dan sepi
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya
Yang aku nanti-nantikan tak kunjung tiba…

* Tiada kata tiada pesan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih

** Tersenyum aku
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal
Hanya gambar juga tandamata dan kenangan
Tiada terduga
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah
Kitakan bersua lagi

Ulang * dan **

Lagu: Kamal Halim
Lirik: Ahmat Shariff

32 Responses to THE BRAIN CONNECTION – AKU DAN KENANGAN (1980)

  1. ejan berkata:

    aku minat giler lagu ni..
    walau pn aku xlahir lg zaman ni..
    tp aku suka lagu ni..

  2. mat4nira berkata:

    Yeahhhh… moga terhibur Ejan…

  3. darklord berkata:

    lagu ni soundtrack citer ke??apsal ade suare pompuan nangis??
    “ita,ita ditinggalkan kekasih..” sblum lagu ni mula…

  4. serinuruddin berkata:

    Terima kasih le Yop.Teman dah lama mencari senikata lagu ni.Lagu ni amat senonim masa nunggu deghoyan jatuh hehehehe

  5. sabri berkata:

    Kamal Halim penyanyi utamanya bekas johan qari kebangsaan bawah 12 tahun.

  6. mazid berkata:

    lagu yg betul2 menyentuh di kalbu….

  7. sahabatmu berkata:

    ziz…
    masa akan berubah dan kita juga akan sampai pada perhentian…

  8. Tanpa Nama berkata:

    Nok buat guano khijo2 tak dok , pagi2 dah senti….

  9. Tanpa Nama berkata:

    Ambo suko demo punyo blog ni..keep it up

  10. dzar berkata:

    Drummer kumpulan ni telah kembali ke rahmatullah pada last ramadhan (29 August 2011) due to heart attack…. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah

  11. Tanpa Nama berkata:

    lagu yang sampai bila jtak jemu didengar sampai bila2 masa itu umur belasan tahun dengar Radio Singapura tahun 80 an

  12. Tanpa Nama berkata:

    laguyang dapat membuatkan berlinangan air mata masa itu remaja dan hangat bercinta ..bila frust pasang berulang kali

  13. abemat berkata:

    timo kasih yop,lamo doh kawe cari lgu nie…

  14. MiNs Ejan berkata:

    Trima ksih bro..lame dh cri lagu nih..evergreen nih..

  15. Azhar basri berkata:

    lagu ni sungguh trsentuh prasaanku bla mdengarnya…ku pnah ditinggalkn……

  16. Tanpa Nama berkata:

    sape pnyanyi kumpulan ni

  17. Naza berkata:

    Mana vokalis dia skrg?

    • Sabariah Ngah berkata:

      Penyanyi kumpulan ni..,Kamal Halim, aku panggil Keng je..beliau pun dah lama meninggal..sekitar 1996-97..aku lupa,mayat nya ditemui dalam semak betul betul dekat sempadan Kg Rhu Tapai Setiu.[Al Fatihah]…MJ.

      • Tanpa Nama berkata:

        Alhamdulillah. Saya terbaca komen ni. Info tentang kematian saya tu tidak benar. Saya Abd Halim b Awang Ibrahim (Kamal Halim) yang sempat merakamkan lagu Aku Dan Kenangan dgn kawan2 Manan Ngah dll masa di Terengganu dulu. Lagu tu dirakam di Gaya Studio, Jalan Hicks, Bukit Bintang waktu tu. Studio Analog memang berbeza kualiti dan dari segi Warmth bunyinya berbanding rakaman digital hari ni, walaupun era digital ada banyak kelebihan lainnya.

        Masa era tu baru agak nak kenal dgn erti kehidupan. Adalah jatuh dan bangunnya. Ada pula Ilmu berguna yang Allah berikan dpdnya. Sungguh… Allah Maha Pengasihani. Umur dan kesempatan yang diBeri percuma ini saya cuba pergunakan sepenuhnya pada jalan yang dikehendaki Nya. Kerja2 sekarang pun ada yang berkaitan dengan sedikit sebanyak bakat kurniaan Allah pada saya. Ada studio tempat saya terus berkarya di Shah Alam, tapi bukan lagi utk tujuan komersial.

        Akhir2 ni saya surf di internet, dgrkan lagu2 lama itu, terbaca pulak komen2 yg sukakan lagu tu, terbaca pula komen tak benar tentang kematian pula hari ni saya rasa terpanggil untuk tampilkan diri. Saya terfikir mungkin ke radio Sinar FM dsbnya nanti.

        Pada yang nak hubungi saya, biarlah saya publishkan no phone ini 019 2947244.

        Salam Bahagia Ikhlas dari saya buat semua.

      • Tanpa Nama berkata:

        Saya hendak tahu Lebih lanjut tentang penyanyi ini.

  18. lia she bungsu thea berkata:

    ♥♥♥

  19. Entahhler berkata:

    vokalis kumpulan ini kamal halim. Zaman budak2 dulu hebat mengaji. Pernah diberitahu vokalis ni bersama grup al Mansur holding.

  20. Jasmin berkata:

    lagu jiwang masa muda2 dulu

  21. sagi sagi berkata:

    pautan donlod mp3 320 kbps album lengkap aku dan kenangan:

    http://www.4shared.com/folder/KfsohMlq/The_Brain_Connection_-_Aku_Dan.html

  22. kamal halim berkata:

    Terbaca kat sini komen tentang lagu Aku Dan Kenangan dan perihal diri yang dikatakan sudah mati. Khabar itu khabar angin semata mata.

    Alhamdulillah, saya masih ada diberikan Allah peluang hidup. Masih luangkan masa untuk berkarya cuma bukan untuk tujuan komersial. Untuk iringi program2 kemasyarakatan syarikat saya. Ada studio dan production house di Shah Alam.

    Takdirnya terjumpa di youtube lagu nostalgic nyanyian saya bersama band lepas sekolah dulu tu. Terbaca pula komen2 yang sukakan lagu tu. Syukurlah, setidak2nya ada tandakerja saya yang dapat tinggalkan sedikit kesan dan hiburan pada orang lain.

    Cuma bila ada yang menganggap saya sudah meninggal siap dgn detailnya, dan cerita2 lainnya (komen Sabariah), perlulah kiranya saya tampil dan jelaskan keadaan. Alhamdulillah saya masih ada, masih diberi kesempatan dapat buat macam2 pada jalan Nya.

    Sekadar info, lagu Aku Dan Kenangan itu dirakamkan di Gaya Studio, Jalan Hicks, Bukit Bintang ketika itu. Studio Analog bukan Digital mcm kebanyakan Studio pd era ini. Secara peribadi saya masih pilih kualiti Analog dari segi ‘Warm’ pd bunyinya walaupun era digital banyak berikan kemudahan pd pelbagai segi. Studio tempat saya berkarya sekarang pun dah Digital juga.

    Saja saya detailkan sikit begitu supaya pembaca tahu yang tulis ni Kamal Halim yang dikatakan dah mati tu. Terfikir saya mungkin ada baiknya saya ke stesyen2 radio dsbnya lepas ni untuk timbulkan diri dan maklumat sebenar berkenaan lagu tu. Kesian, ramai yang sampai menangis nangis kesan pembawaan lagu itu. Realitinya, bukan sedap sangat pun suara saya. Mungkin dah melankolik melodinya, sentimental moodnya dsbnya.

    Oklah, harap ada faedahnya penjelasan ini pada semua. Dan saya fikir ada baiknya saya letak satu no saya di sini kot ada kawan2 yang nak berhubung atau sesiapa nak buktikan ini bukan tulisan ‘hantu’. 019 2947244 (Kamal Halim).

    Wassalam WBT.

    • mat4nira berkata:

      Alhamdulillah, terima kasih abg Kamal Halim atas penjelasan tersebut. Semoga abg dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, amin…

    • Tanpa Nama berkata:

      Sy sangt suke lagu aku dan kenangan..kata kata yang indah..

    • firdauz1802071@yahoo.com berkata:

      tuan kamal, benar lagu ni mengalirkan air mata, dan benar juga la kata tuan, mungkin kerana susunan muzik dan liriknya, membuatkan lagu ini meruntun jiwa-lebih daripada suara tuan.
      pun begitu, ayat tuan bahawa tuan masih di beri nyawa dan kesempatan untuk buat pelbagai perkara di jalan Nya-lebih menyentapkan saya

  23. Hamba Allah berkata:

    Aku Dan Kenangan – Kenangan cinta saya yang tak kesampaian 30 tahun dulu. Dimana agak nya Insan tu sekarang. Muga berbahagia disamping keluarga tercinta.

  24. rosmajuli berkata:

    Sedih

  25. Tanpa Nama berkata:

    Baru terbaca tulisan adam salleh tentang manan ngah. Rupanya manan ngah antara anggota kumpulan the brain connection.. yang gambar rambut kembang tu kan..

Sila Komen/ Leave a Reply

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: