ROHANA JALIL – FAEZ (1991)

ROHANA JALIL

Dengo lagunya kat sini weh…

FAEZ

Merenungi wajahmu sejernih salju
Ingatan kembali ke suatu waktu
Lembut bicara sumpah setia
Kuntum yang layu segar semula

Sayangnya panas tak sampai ke petang
Cinta ini penuh fitnah dan terhalang
Atas yakin ku pada ilahi
Tabah ku terima ujian ini

Faez
Engkaulah teman malam dan siangku
Kau menangis mama menangis bersamamu
Sayang…
Apalah malang kau menjadi korban
Ketidakadilan suatu perkongsian

Faez
Saban hari kau memandang potretnya
Seorang lelaki bernama ayah
Dia yang seharusnya menlindungi
Menghilang diri mengkhianati janji

* Faez
Hanya mama yang mendengar tangisanmu
Hanya engkau yang mendengar tangis ku
Hanya engkau dan mama
Hanya kita berdua
Dan tuhan maha esa

Ulang *

Lagu: A. Ali
Lirik: Yah Abd. Aziz

7 Responses to ROHANA JALIL – FAEZ (1991)

  1. Nazieran Najmuddin berkata:

    Boleh tak email kat saya blog ni…senang saya nak dgr lagu2lama ni….terima kasih

  2. farhana ramli berkata:

    macam mana nak dengar lagu nie ek? mase kecik2 dulu aderla. ada dlm btk mp3 x?

  3. mat4nira berkata:

    Hehehe, Farhana cuba klik kat gambo speaker tue. tk

  4. rashid_zul berkata:

    lama x dgr lagu nie….
    lagu ni pun ada kontroversi dulu….
    n RTM haramkn lagu ni kt semuanya stetsennya…….
    thanks 2 penulis lirik….
    Yah Abd. Aziz @ YM Tengku Puteri Zahariah Binti Almarhum Sultan Salehuddin Abd, Aziz.

  5. Tanpa Nama berkata:

    file not found 😦

  6. Azra berkata:

    Kenapa album ni pernah kena banned…dah cari info tp x jumpa pulak…

Sila Komen/ Leave a Reply