JALIL HAMID – MAKAN (1995)

JALIL HAMID

Dengo lagunya kat sini weh…

MAKAN

Mari dengar cerita pasal makan
Di sini kita mewah dapat makan
Negara lain kebulur mati tak makan
Tapi kita mati kerna banyak makan

* Orang kita makan macam-macam
Tidak kira pagi petang siang malam
Semua benda “Alamak” boleh ditelan
Batu besi paku parang kayu papan

** Makan sayur pucuk paku
Masak rebus ubi kayu
Makan buah belimbing besi
Goreng ikan selar papan
Masak gulai ikan parang
Cuci mulut lepas makan
Kita kunyah jambu batu

Solo

*** Makanan pelik-pelik
Taik minyak taik itik
Puteri mandi badak berendam
Mata kucing mangga siam
Buah keras buat lauk
Pisang emas pisang tanduk
Batang buruk cucur kodok

Makan pokok berniaga jadi lingkup
Makan bunga itu haram dan terkutuk
Makan hati kecewa membawa mati
Makan kawan tak bolehlah dibiarkan

Ulang ** dan ***

Ulang *, ** dan ***

Ulang ** dan ***

Lagu: Azmira
Lirik: Jalil Hamid

8 Responses to JALIL HAMID – MAKAN (1995)

  1. konflexmadu berkata:

    waduuhh2…
    ske nyeww ngn koleksi tok chet.chebo nikhh..
    tanx yaa..
    toink3!!!=)

  2. aruy berkata:

    ok…trimas aku ucapkan….aku support prjuangan korang……..ate teman suke bebeno…..

  3. apid berkata:

    lagu nie mse sy kcik2..any way tankiu

  4. mardiana shahadatul aini berkata:

    saya sangat meminati lagu ini..
    hari hari saya nyanyi lagu ni sebelum makan..
    saya amat menghargai mereka yang telah menguploadkan lagu ini..
    saya amat berbangga menjadi rakyat malaysia..

    ps: saya suka makan..
    hari hari saya makan..
    sedapnye..=)

  5. nitta berkata:

    amboi… seronolah. dah lama cari lagu ni………

  6. Ahmad Halim berkata:

    bersyukurlah kita – malaysia merdeka

  7. jantan mithali berkata:

    lagu legend niiii..torbaeeek

Sila Komen/ Leave a Reply