Mukadimah mat4nira

Oktober 9, 2008

Subscribe to me on YouTube

chet chebo.comAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada sesiapa yang mengunjungi laman web ini. Ada 2 perkara yang hendak saya maklumkan kepada anda semua :

Pertamanya, untuk makluman semua, saya adalah pengumpul (collector) kaset album artis melayu era 70an, 80an dan 90an. Dipendekkan cerita, saya memang berminat sangat nak membeli kaset-kaset nie sekiranya anda semua ada menyimpannya. Tentang genre muzik saya tak kisah asalkan ianya artis melayu tapi dengan 2 syarat pastikan kaset-kaset anda original dan bukannya direlease semula.
Kalau berminat boleh le pm segera ke email saya iaitu mat4nira@gmail.com dan harga boleh dirunding.

Kedua, laman web ini adalah terbuka kepada orang ramai. Sekiranya anda betul-betul meminati lagu-lagu album dari artis yang disenaraikan di dalam laman web saya ini, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai kaset dan cd di seluruh negeri di Malaysia. Di sini saya muatnaik 1 ATAU 2 lagu untuk setiap album dalam bentuk mp3 untuk dikongsi bersama anda semua. Perhatian, kesemua koleksi piring hitam, cd dan kaset adalah dari sumber koleksi peribadi dan orang perseorangan. Semua hak pengeluaran dan pemilik kerja-kerja rakaman adalah terpelihara oleh itu persembahan di khalayak ramai, penyiaran atau peniruan tanpa kebenaran adalah dilarang.

Sila isi nama artis pujaan anda pada Butang Carian di sidebar sebelah kanan (atas sekali) untuk mencari lagu dan lirik kesukaan anda.Akhir kata β€œSemoga Terhibur dan Selamat Bernostalgia” πŸ™‚

Sekian, terima kasih

ﺭﺣﻀﺕ_mat4nira.com/2008

RAHMAT ABDUL MANAP
BOTA KIRI, PERAK, 32600
MY
mat4nira@yahoo.com
bior pape asey bergaye!!!
Visit MyBlogLog and get a signature like this!
LINK —> PILIHAN
Advertisements

THE ZURAH – THE ZURAH II (1985)

Oktober 29, 2018

THE ZURAH

Dengo lagunya kat sini weh…

BIBIR MESRA JIWA PARAH

* Madah mu indah
Menghurai rindu
Membawa hati
Rasa terharu

** Melukis kata
Nada berpadu
Menambat hati
Di dalam kalbu

*** Kata mulanya
Di bibir mesra
Tetapi kini
Jiwa ku parah

**** Kasih dilara
Hati kecewa
Cinta musnah
Dilanda derita

Ulang * dan ****

Nyanyian Asal: Zam Zam


%d bloggers like this: