RIO – IKHLAS (1995)

RIO

Dengo lagunya kat sini weh…

APA SEBABNYA

Apa sebabnya…
Cuba kau mengulangi
Kisah lama kita telah ditelan masa
Dulu kau yang nyatakan
Kita tak sehaluan…

Bukan kau tak tahu
Dulu ku mengharapkan
Namun ketika itu kasihku kau siakan
Betapa sakit hati hanya tuhan…
Yang tahu…

Korus:
Begitulah suratan kasih sayang kita
Bertemu dan kita berpisah
Tak mungkin aku menerima semula
Lupakan semua…

Belum sempat diriku mencari kasih baru
Kau pula menghampiri menyiksa diri ini
Seharus engkau pergi mencari penggantiku
Biarkan ku sendiri menentu nasib diri

Kerna aku punyai
Harga diri sendiri
Tidak usah engkau memaksa diri
Tiada ertinya…

Ulang korus dan last verse

Bukan engkau tak tahu
Dulu ku mengharapkan
Namun telah engkau permainkan
Kau permainkan…

Ulang verse 1

Lagu: Adinda Amiro
Lirik: Mahzan B

2 Responses to RIO – IKHLAS (1995)

  1. ryosuke berkata:

    lagu rio-ikhlas la…aku nak dengar…dah la susah nak download….

  2. Tanpa Nama berkata:

    Ini bukan lagu tajuk iklas..ini tajuk lagu apa sebabnya….amendelh kau orang nie….

Sila Komen/ Leave a Reply