FAUZIAH LATIFF – KINI… (1990)

FAUZIAH LATIFF

Dengo lagunya kat sini weh…

BUKAN KEMAHUAN FIKIRAN

Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
Begini lama setelah tiada jalan penyudah
Jiwa yang hampa kan bertanya apa… masih

Percintaan bukanlah kemahuan fikiran
Di perasaan tersimpan segalanya rahsia
Dan tiada dapat ku tahankan rindu itu

Di antara kita bicara berbeza
Siapa yang merasa dia melara
Tiada upaya menahan derita
Cinta yang hampa…

Seraut wajahmu yang paling indah
Walau ia kekal di hati ini
Seterusnya hidup bersimpul di dalam
Diri ini… oh

Terlepaslah dirimu dari rindu yang sarat
Aku kini terlemas dalam sendu berbisa
Selamanya

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Bob

5 Responses to FAUZIAH LATIFF – KINI… (1990)

  1. Mus Astley berkata:

    Kenapa la xda orang komen kat sini..?? Oklah. Biar saya mulakan kata-kata. Saya adalah peminat nombor satu Fauziah Latiff. Semua album beliau dari album pertama ‘Digamit Memori’ hingga yang terakhir saya memilikinya.

    Beliau sesungguhnya DIVA MALAYSIA !!

  2. Tanpa Nama berkata:

    Salam..boleh tak susun album Fauziah latif dari album pertama hingga yang terkini sebab saya langsung tak tahu susunannya,Album penuh saja bukan album kompilasi.

  3. Tanpa Nama berkata:

    Best lagu

  4. Tanpa Nama berkata:

    Dia ni dlu mmg lincah klu menari

Sila Komen/ Leave a Reply