DARWINA – GEJALA KEPALSUAN (1989)

DARWINA

Dengo lagunya kat sini weh…

GEJALA KEPALSUAN

Mengapakah gelisah
Memendam rasa gundah
Jangan diharap, usah dinanti
Segala yang tak pasti
Oh… burung-burung terbang dipipiskan lada
Jauh-jauh hilang entah kemana…

Mengapakah selalu
Terburu tingkah laku
Pantas bicara bila ketemu
Gejala yang tak tentu
Oh… gambar-gambar wajah dihiaskan warna
Rupa-rupa indah khabar sahaja

Korus:
Kau tabahkan hatimu semula
Kau hadapi semua
Oh… janganlah menyesali diri
Kejujuran memang payah dicari

Ulang korus

Mengapakah merindu
Suara lembut merdu
Asyik memuja, lantas percaya
Tujuan yang tak nyata
Oh… kata-kata manis permainan lidah
Nada-nada sinis dalam bermadah 3x

Lagu: Khushairi Ismail
Lirik: Abd. Majid Baharom

11 Responses to DARWINA – GEJALA KEPALSUAN (1989)

  1. azwa berkata:

    senior aku kat skolah dulu nih.. sek men jenis kebangsaan dindings pundut perak.. memang pandai nyanyi n sukan. Budi base cun…

  2. IB90/92 berkata:

    Apa khbar beliau sekarang. Terakhir kawan jumpa tahun 1993. Memang cun pun, tak lupa ekspidisi ke gunung kinabalu. sampai berjumpa kembali..

  3. mat4nira berkata:

    Perghhhhhhhhhh…. mmg aktif dier nie masa kat sekolah….

  4. Abdul Majid Baharom berkata:

    Sdr yg dimuliakan ,

    ‘Pakcik’ le yang menulis liriknya. Sekarang dah pencen. Blog teman sekarang: dsuarang.blogspot.com
    Sudi-sudi le kunjungi. Tkasih.

  5. mat4nira berkata:

    Perghhh… tk pakcik Abdul Majid coz datang melawat site saya nie, mmg best lirik nie..

    • Tanpa Nama berkata:

      kepada kawan-kawan Rohana ni…saya sekampung dengan opah dia.Kalau nak cari dia cuba di facebook YONG ANA.Selamat bertemu kembali.

  6. Darwina berkata:

    Hmmm.. Thanks mat4nira.. saya gembira menjadi seorang guru sekarang ni.. Inilah profesion yang sesuai untuk saya… Semoga bertemu.. Terima kasih

  7. Tanpa Nama berkata:

    Bukan Darwina ni berasal dari Sabah ?

  8. henpon lama berkata:

    boleh tak uploadkan lagunya dlm bentuk mp3?

Sila Komen/ Leave a Reply