HASNITA – HASNITA (1995)

HASNITA

Dengo lagunya kat sini weh…

MENYESAL

Seperti semalam dan juga kelmarin
Aku masih sendiri lagi
Mendakap cinta telah luka
Dan rindu yang semakin layu
Kini jatuh satu persatu

Seperti semalam dan juga kelmarin
Aku memujuk hati ini
Tidak mengingati mu lagi
Cukuplah setakat di sini
Dah usahlah diingati

* Sebelum hati ku engkau miliki
Janji sepanas mentari
Dan setelah aku jadi milik mu
Semua dingin dan membeku

** Bertentangan mata
Bagai tak kena siapa di antara kita
Sungguh ku menyesal
Dipertemukan dengan mu penuh kesombongan

Ku bagaikan daun kuning
Jatuh berguguran musim kering
Dari kawan jadi lawan
Telah hilang rasa kasih sayang

Ulang * hingga **

Ku bagaikan daun kuning
Jatuh berguguran musim kering
Dari kawan jadi lawan
Telah hilang rasa
Rasa kasih sayang

Lagu: Asheq
Lirik: Lukhman S.

Sila Komen/ Leave a Reply