N.D. LALA – DIARI Y.B. (1996)

N.D. LALA

Dengo lagunya kat sini weh…

DIARI Y.B.

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
Y.B. kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pengundi tahan mintak bantuan

Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh Y.B. segera timbang
Hee… haa…

Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau Y.B. tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit Y.B. jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap Y.B. kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
Y.B. tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja ke padang bola
Y.B. dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
Jersi baru kami hai macam mana?
Hee… haa…

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau Y.B. tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga

Bila habis berceramah
Kampung lain Y.B. singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah

Walau dah lenguh badan
Y.B. balik ke cawangan
Ditanyanya orang harapan
Apakah strategi lawan?

Lewat malam di gerai tepi jalan
Y.B. berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan

Sewaktu Y.B. balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas Y.B. mandi
Y.B. belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong pengundi

Hingga dinihari Y.B. tak tidur lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
Assalamualaikum Y.B.

Lagu: N.D. Lala
Lirik: Adi Al Hadi

Sila Komen/ Leave a Reply

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: