AZMAN – KARISMA (1989)

AZMAN

Dengo lagunya kat sini weh…

TERLENA

Berarak awanan kelabu
Seakan ku digamit rindu
Membawa kenangan semalam
Sewaktu bersama mu

* Terasa indahnya dunia
Sewaktu ku dilamun cinta
Penuh dengan pujuk dan rayu
Membuat ku terlena

** Bila rindu ku sebut nama mu
Bila resah menyapa di dada
Bila rindu ku sebut nama mu
Bila resah menyapa di dada
Kemanakah hati ini
Kan ku bawa

*** Kau ku nanti di hujung mimpi
Kan bertemu di dalam khayalan
Kau ku nanti di hujung mimpi
Kan bertemu di dalam khayalan

Ku selitkan sekuntum mawar merah
Di rambut mu…

Ulang * hingga ***

Ulang *** sampai habis

Lagu: Rosli Selasih
Lirik: Rosli Selasih

Dengo lagunya kat sini weh…

KEHAUSAN KASIH

Kehausan
Tidak melemahkan ku
Walau terbiar
Hati masih setia

* Engkau telah pergi
Meninggalkan daku
Pergi selamanya
Bersama cinta ku

** Kau bawa
Jauh ketenangan
Engkau bersembunyi
Tanpa kesan

Di manakah
Akan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tempat ku bermanja

Ulang * dan **

Lagu: Zalikamari
Lirik: Halim Din

Dengo lagunya kat sini weh…

ABADINYA CINTA KITA – DUET BERSAMA ROZANA

Tak mungkin dapat dipisahkan
Dua hati yang masih menyatu
Di antara insan yang diciptakannya
Berjanji setia selamanya

Kasih sayang masih di hati ku

Semoga akan berkekalan
Janji setia yang kau lafazkan
Menciptakan cinta yang abadi
Lambang percintaan dua insan

Kasih sayang masih di hati ku

* Abadinya cinta kita
Walaupun terhalang
Seumpama mutiara
Di dasar lautan

Aku menyayangi mu

Marilah kita berdoa
Sementara lupakan dahaga
Merintih jalan bahagia
Seiringan hati yang suci

Kasih sayang masih di hati ku

Bersemilah cinta kita
Di saat bahagia
Terjalinlah kasih sayang
Walaupun derita

Engkau yang aku rindu
Cinta menusuk dikalbu

Ulang *

Bersemilah cinta kita
Di saat bahagia

Lagu: Faisal Aziz
Lirik: Juwie

Dengo lagunya kat sini weh…

NYANYIAN RINDU

Kita sering jalan seiringan
Walau angin memisah jauh
Dalam mimpi kita bertemu kembali
Anum…

Baluti jiwa yang kekosongan
Tanpa bersama ku harapan
Hancur sudah impian bersama mu
Anum…

* Dulu terlalu awal
Untuk memulakan nyanyian rindu
Sekarang telah terlanjur
Untuk kita bersamanya lagi
Pada siapa nyanyian rindu ku
Atau kesalahan hanya pada ku
Telah mengabaikan masa lalu

Cinta ku jangan kau pergi lagi
Wajah mu sentiasa ada di sisi
Anum…

Kita sering jalan berduaan
Walau angin memisah jauh
Dalam dakapan mu ku bahagia selalu
Anum…

Ulang *

** Cinta ku jangan kau pergi lagi
Wajah mu sentiasa ada di sisi

Ulang ** sampai habis

Lagu: Rosli Selasih
Lirik: Rosli Selasih

1 Responses to AZMAN – KARISMA (1989)

  1. amir berkata:

    lagu ini mengingat kn kenangan waktu merindui sesorang 27 lalu

Sila Komen/ Leave a Reply