ZIANA ZAIN – PUNCAK KASIH (1997)

ZIANA ZAIN

Dengo lagunya kat sini weh…

PUNCAK KASIH

Dalam air tenang
Arus menyusur damai
Sekali embun yang menitis memecah
Di mana percikkannya di mata
Lalu ku sentuh
Basahnya kejernihan

Dalam hati sunyi
Bagai hening pagi
Tiada beza lagi kedukaan ini

Andai nilai setia tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana
Serikah warnanya…

* Retak kasih ini
Berlimpahan rona luka
Telah pun kita simpan
Tak sedikit sejarah percintaan
Puncak kasih kita
Rendangnya oh… seketika
Bagai cerita
Satu mimpi episod cinta

** Terpaksa aku redha
Walaupun dalam nyata
Kau merisik tanya
Tidak ku percaya

Dalam air tenang
Hati melawan sunyi
Tiada beza lagi kedukaan ini
Andai nilai setia tiada
Bagaimana pula nantinya
Di dalam istana
Serikah warnanya
Hebatkah cinta…

Ulang * dan **

Dalam air tenang
Arus tak menyusur damai
Sekali embun yang menitis memecah
Andainya tiada cahaya
Tidak ku mampu untuk menghadapinya

Lagu: Adnan Abu Hassan
Lirik: Maya Sari

Sila Komen/ Leave a Reply