MEDICINE – KEMBALI (1993)

MEDICINE

Dengo lagunya kat sini weh…

RIMBA BEBANAN

Di tabir tirai ini
Terlerai sudah
Tersepit dahan patah
Di layar yang terlena

Sang unggas berlalu
Lemah longlai di sana
Melakar senja merah
Di bahtera derita

* Keindahan membeku
Dalam kerinduan
Melafazkan kasih
Meniti harapan
Kembang kian layu
Menerkam bicara
Yang sering mencengkam

Dimanakah dikau
Kemana arah mu
Di hujung rimba ini
Ku terlemas pilu
Dimanakah dikau
Kemana arah mu
Di hujung rimba ini
Ku terlemas pilu

Ulang *

Solo

** Biar cinta
Itu ditakdirkan
Biar cinta itu
Menanggung bebanan
Tidak ku rasakan
Detik kehancuran
Menanti bicara
Yang tak kesampaian

*** Mengerti wahai kasih ku
Dalam kesetiaan
Menanti mu
Mengalirkan hiba dipesona rindu
Meniti asmara mu

**** Biarpun terlontar
Segala-galanya
Memamah di jiwa
Yang tak berdaya
Kini ku terpaksa
Ibarat mimpi ku
Di siang hari

Ulang ** hingga ****

Ulang **

Lagu: Sa’ari Amri
Lirik: Ta

Sila Komen/ Leave a Reply