NOOR ASHIKIN – TIADA LAGI UCAPAN SAYANG (1990)

NOOR ASHIKIN

Dengo lagunya kat sini weh…

TIADA LAGI UCAPAN SAYANG

Kerana marah kau turutkan hati
Kesilapan ku yang kecil kau jadikan punca
Sehingga tergamak kau melangkah pergi
Tidak kau peduli ku terluka

Tak sempat aku beri penjelasan
Terburu-buru kau ingin putuskan hubungan
Tak berdaya ku tolak keputusan mu
Kalau kau tak sayang pada ku

* Namun hati ku tak henti berdoa
Akan sedarlah kau hendaknya
Sama kita melupakan detik-detik kesilapan
Yang menjadi angkara perpisahan

Ulang *

Alangkah remuk perasaan ini
Sekiranya engkau pergi tak kembali lagi
Sepilah hidup ku merindu seorang
Tiada lagi ucapan sayang

Lagu: Joe Salim
Lirik: Haron Abdulmajid

Sila Komen/ Leave a Reply