SUP – ARUS CINTA (2001)

SUP

Dengo lagunya kat sini weh…

RINTIHAN JIWA

* Terbayang gambar wajah mu
Menjelma di sudut hati ku
Tak terdaya aku
Membiarkan ia pergi

** Walaupun telah berlalu
Tiada lagi kau di sisi
Masih belum pudar
Kenangan untuk mu

*** Apakah salahnya diri ku
Hingga sanggup kau tinggalkan ku
Setelah ku beri kasih ku pada mu
Dan telah ku sandarkan
Harapan melangit pada diri mu

**** Dengarkanlah rintihan jiwa ini
Yang menjerit…
Memanggil oh nama mu
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa aku cinta pada mu
Dan kerana Nya jua
Kita terpisah

Ulang *** dan ****

Ulang * dan **

Lagu: Sharom Aris
Lirik: Zali Ghazi

Sila Komen/ Leave a Reply