GRAVITY – RAMBAK (1998)

GRAVITY

Dengo lagunya kat sini weh…

PERTEMUAN DUA HATI

Aku selimuti malam
Dengan kisah siang hari
Pertemuan dua hati
Jejak yang lama ku cari

Kau masih seperti dulu
Tidak mengawal emosi
Terlalu menggenggam janji
Janji yang menagih bukti

Cinta hanya satu perkataan
Namun telah menguasai fikiran
Hingga aku sentiasa dipersalahkan
Rindu bertukar menjadi dendam
Terpendamlah di hati paling dalam
Kau memaksa aku meneruskan jua

* Jangan pula engkau salah anggapan
Ini bukan kesinambungan cinta
Aku hanya memohon keampunan
Moga terhapus kesilapan lama

** Kita tidak pernah berterus terang
Kita menepis segala rintangan
Cinta remaja cinta yang gemilang
Hingga terpisah kerana kesilapan

Solo

Bukan mudahnya mengaku salah
Setelah terhantuk baru terngadah
Maafkanlah hidup ku telah berubah

Ulang * dan **

Lagu: Anjang
Lirik: S. Amin Shahab

Sila Komen/ Leave a Reply