LAGU LAGU KENANGAN II (1985)

LAGU-LAGU KENANGAN II

Dengo lagunya kat sini weh…

DUA INSAN – YUNIZAR DAN M. NASIR

Bila kau senyum ku gembira
Bila kau sedih ku menangis
Bagai taman rindukan kumbang
Ku rindu pada mu oh sayang

Dimana saja kau berada
Ku kan tetap bersama mu
Walaupun jasad mu jauh
Namun hati mu dekat selalu

Walau kini halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidup ku bagai
Dalam syurga

Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan
Pada mu oh sayang
Hanya kuasa tuhan dapat memisahkan

Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta pada ku

Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidup ku bagai
Dalam syurga

Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan
Pada mu oh sayang
Hanya kuasa tuhan dapat memisahkan

Dengo lagunya kat sini weh…

LAMBANG KASIH – CHRIS VADHAM

Kau ilham ku
Kasih ku dunia ku
Kau cahaya
Menerangi jiwa ku

* Kau bunga dalam taman
Dipuja setiap zaman
Masa silih berganti
Namun kau tetap suci

** Kau lambang kasih ku
Pada insan dunia

Walau aku terlena
Ingatan ku tetap sama
Walau malam menjelma
Kau sinar bagai suria

Ulang * dan **

Ulang * dan **

Ulang ** sampai habis

1 Responses to LAGU LAGU KENANGAN II (1985)

Sila Komen/ Leave a Reply