IBNOR RIZA – MENEKA DALAM KESAMARAN (1987)

IBNOR RIZA

Dengo lagunya kat sini weh…

MENEKA DALAM KESAMARAN

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua
Harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan
Keraguan mu kian
Berpanjangan tanpa persoalan

* Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu

** Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

*** Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

Ulang * hingga ***

Lagu: Adam Ahmad
Lirik: Lukhman S.

Sila Komen/ Leave a Reply