FLYBAITS – FLYBAITS 3 (1982)

FLYBAITS

Dengo lagunya kat sini weh…

KASIH YANG TERSISA

Mengapa tak kau katakan
Kau sudah berpunya
Sewaktu bertemu dulu
Kau rahsiakan dariku

Tapi kini ternyatalah
Engkau serba salah
Berat menolak cintanya
Enggan pula tinggalkan ku

* Oh mengapa
Pada ku kau jadikan sasaran
Bak duri menikam
Sakitnya tak terkira

** Cinta mu hanyalah
Bagai embun di pagi hari
Berseri cuma sekejap
Di hujung rumput

*** Kepada mu ku tinggalkan
Kasih yang tersisa
Agar kau lebih mengerti
Sakitnya bercinta

Ulang * hingga ***

Bercinta…
Bercinta…
Bercinta…

Lagu: M. Nasir
Lirik: Eunos Asah

Dengo lagunya kat sini weh…

CONG CONG NAI

* Cong cong nai seniuk senibong
Mana bunyi punai dihujong tanjong
Apa dijunjong di dalam pasu
Apa dikelek sipisang masak
Minta sebiji ambillah sebiji lagi
Nenek ku marah

La… la… la…
Apa dijunjong di dalam pasu
La… la… la…
Apa dikelek sipisang masak
Minta sebiji ambillah sebiji lagi
Nenek ku marah

** Mang senuit ke tilam bantal
Kuda berlari dihujong papan
Segar mekar si bunga kantan
Bau sedap sambal belacan

Ulang * dan **

Ulang **

Ulang * dan **

Lagu: A. Ali
Lirik: A. Ali

3 Responses to FLYBAITS – FLYBAITS 3 (1982)

  1. kamarazaman berkata:

    saya suka lagu2 flybeat dahulu

  2. yaman berkata:

    buffering…je lagu tak keluar keluar.

  3. TRUNASUCI berkata:

    Salamz.. saya dengar elok je takde buffering? maybe bandwith line anda slow ( ketika itu ) kut? 🙂

Sila Komen/ Leave a Reply