NASSIER WAHAB – CINTA DAN PERASAAN

NASSIER WAHAB

Dengo lagunya kat sini weh…

PESONA CINTA

Apa harus ku nyatakan sayang
Apa harus ku katakan cinta
Jika antara kita tak sehaluan
Kau dan aku tak seiring jalan lagi

Harapan ku musnah menderita
Cinta kita tak ke mana akhirnya
Musnahlah sudah berkecai jua
Kasih betapa kejamnya dikau

* Mengapakah kini dikau kembali semula
Tidakkah dikau menyedari sayang
Apa yang telah kau lakukan pada ku
Tak mungkin kitakan bersama lagi

** Kan ku pujuk perasaan ini
Agar tak mengingati mu lagi
Diri mu dan diri ku terasing kini
Semoga kau kan berbahagia sayang

Ulang * dan **

Lagu: A. Ali
Lirik: Zainal Baharum

Sila Komen/ Leave a Reply