SAFF ONE – EMAS AWANAN (2003)

Februari 24, 2018

SAFF ONE

Dengo lagunya kat sini weh…

SESUCI HATI MASHITAH

Oh…
Mashitah
Engkaulah wanita yang mulia

Tinggi pekerti darjat kemuliaan
Kekuatan iman tunggak jati diri
Tinggi pekerti darjat kemuliaan
Kekuatan iman tunggak jati diri
Tidak terhakis iman di dada
Walau nyawa menjadi taruhan

* Tiada gerun tiada gentar
Kepada Firaun raja yang zalim
Tiada gerun tiada gentar
Kepada Firaun raja yang zalim
Mengaku dirinya sebagai Tuhan
Membunuh mereka yang beriman

** Mashitah… Mashitah..
Diri mu wanita mulia
Mashitah… Mashitah..
Diri mu pembela agama
Hukuman Firaun tidak mengubah
Rasa cinta mu kepada Esa
Menerima hukuman dengan redha
Menyerah diri pada Yang Kuasa

*** Mashitah… Mashitah..
Diri mu wanita mulia
Mashitah… Mashitah..
Diri mu pembela agama
Lambang keagungan cinta Mashitah
Kepada Ilahi
Pusaranya harum mekar mewangi
Bersama para solihin

Oh…
Mashitah
Engkaulah wanita yang mulia

Ulang * hingga ***

Kuasa Allah atasi segala
Anak kecil mampu bersuara
Dipujuk ibunya moga bersabar
Mashitah tiada gentar

Lagu: Qhalid Saff One/ Fadzli Far East
Lirik: Nur Hazma

Advertisements

%d bloggers like this: