Mukadimah mat4nira

Subscribe to me on YouTube

chet chebo.comAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada sesiapa yang mengunjungi laman web ini. Ada 2 perkara yang hendak saya maklumkan kepada anda semua :

Pertamanya, untuk makluman semua, saya adalah pengumpul (collector) kaset album artis melayu era 70an, 80an dan 90an. Dipendekkan cerita, saya memang berminat sangat nak membeli kaset-kaset nie sekiranya anda semua ada menyimpannya. Tentang genre muzik saya tak kisah asalkan ianya artis melayu tapi dengan 2 syarat pastikan kaset-kaset anda original dan bukannya direlease semula.
Kalau berminat boleh le pm segera ke email saya iaitu mat4nira@gmail.com dan harga boleh dirunding.

Kedua, laman web ini adalah terbuka kepada orang ramai. Sekiranya anda betul-betul meminati lagu-lagu album dari artis yang disenaraikan di dalam laman web saya ini, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai kaset dan cd di seluruh negeri di Malaysia. Di sini saya muatnaik 1 ATAU 2 lagu untuk setiap album dalam bentuk mp3 untuk dikongsi bersama anda semua. Perhatian, kesemua koleksi piring hitam, cd dan kaset adalah dari sumber koleksi peribadi dan orang perseorangan. Semua hak pengeluaran dan pemilik kerja-kerja rakaman adalah terpelihara oleh itu persembahan di khalayak ramai, penyiaran atau peniruan tanpa kebenaran adalah dilarang.

Sila isi nama artis pujaan anda pada Butang Carian di sidebar sebelah kanan (atas sekali) untuk mencari lagu dan lirik kesukaan anda.Akhir kata “Semoga Terhibur dan Selamat Bernostalgia” 🙂

Sekian, terima kasih

ﺭﺣﻤﺕ_mat4nira.com/2008

RAHMAT ABDUL MANAP
BOTA KIRI, PERAK, 32600
MY
mat4nira@yahoo.com
bior pape asey bergaye!!!
Visit MyBlogLog and get a signature like this!
LINK —> PILIHAN

28 Responses to Mukadimah mat4nira

  1. mat4nira berkata:

    Hehehe…Komen anda amat teman hargai…..

  2. Andre berkata:

    Semoga sukses selalu!! 🙂

  3. Ben berkata:

    mcm pernah ku lihat mat4nira ni.. tapi di mana ya.. hehehe..

  4. mat4nira berkata:

    Hehehe….. layanzzzzz yob Ben….

  5. mat4nira berkata:

    Hehehe… tq Malaysia pr

  6. Salam bro, teruskan berkarya bro

  7. mat4nira berkata:

    Hehehe, tq yob Pogie n yob Kassim…

  8. berusaha lebih keras lagi

  9. deanz berkata:

    Salam bro..

    gua ada sumbang lagu tak?

    semoga sukses…

  10. mat4nira berkata:

    Yeahhhhh, tq Deanz…

  11. Cat berkata:

    Just nak kata : Thanks for putting all the songs yang dah susah nak dicari tu kat sini. 🙂 Kadang kadang ada lirik yang bermain kat minda, tapi tak ingat senikata penuh dia. Thanks again

  12. mat4nira berkata:

    Yeahhhh, moga terhibur Cat…

  13. haritz berkata:

    Terima kasih lawat blog teman, salam perkenalan. Teman org Lenggong yop

  14. mat4nira berkata:

    Hehehe, sama2 yob Haritz… oraittt, sekapal kite weh…

  15. boo-duck bek berkata:

    nk join ley???

  16. mee berkata:

    best.. kalau boleh cari koleksi lagu lagu asli melayu

    jawatan kosong

  17. eli79 berkata:

    Salam,

    Saya baru je perasan web ni. Thanks sebab dapat refresh memori lama2. Dan saya teringat satu lagu yang saya suka kalau tak silap pada tahun 80-an.ada tak yang boleh tolong…Time kasih.

    “…musnah lah kini sebuah harapan, keadaan kini me…..kan, tinggal lah aku sendiri mencari ketenangan hati ini…”

  18. eli79 berkata:

    Kalau tak silap, lagu tu dinyanyikan oleh kumpulan rock lelaki tahun 80-an, di dalam 1 album kompilasi. Dan track lagu tu di bahagian akhir kaset, tapi tak sure Side A atau Side B…

  19. bambang asmuie berkata:

    lagu lagu melayu asli/irama/deli’yg didendangkan oleh : achmad jaiz’syarifah aini,juga yg berima orkes melayu: ellya m haris’ hasnah tahar’ juhana satar,husain bawafi’dll.Tks.

  20. AyahMiey berkata:

    hmmm mengusik jiwa lagu lama macam ni terutama untuk orang2 tua macam saya ni. Saya pun baru je berjinak jinak buat blog untuk lagu2 lama. Kalu free tu sila la jenguk2 ye kat http://www.ayahmiey.blogspot.com

  21. Tanpa Nama berkata:

    aje nye mike the best la….rajin…cari la lagu indon yg lame lame weh…keroncong ke…sedap jugak dengo nye

  22. Tanpa Nama berkata:

    Salam… saya mencari penyanyi namanya mungkin ena… ade lagu lirik lebih kurang
    Satu malam bulan terang
    Cahayanya indah
    Bintang bintang berkelipan
    …..

    Mohon dapatkan lagu tersebut… terima kasih

    • Tanpa Nama berkata:

      Cari penyanyi ke lagu.. penyanyi ena lagu hits pasrah. Kalau x silap

      • Shuk berkata:

        Saya mencari lagu.. ye penyanyi ena.. mungkin judul lagu tersebut menghitung rindu. Lagu pasrah sudah ade dlm collection saya… tq

Sila Komen/ Leave a Reply