
Dengo lagunya kat sini weh…
NABI AYUB A.S.
Nabi Allah Ayub
Yang kaya raya (Yang kaya raya)
Hidupnya mewah (Hidupnya mewah)
Sentiasa bersyukur kepada Illahi
Nabi Allah Ayub
Yang kaya raya (Yang kaya raya)
Hidupnya mewah (Hidupnya mewah)
Cucunda dari Nabi Allah Ishak
Kebaktiannya
Yang tiada terhingga
Kepada insan
Sering memberi bantuan
Berbagai percubaan
Dari iblis yang durjana
Keteguhan iman Nabi Ayub
Hendak dimusnahkan
Pada iblis durjana
Allah menunjuk bukti
Keimanan rasulnya
Yang tiada berbelah bagi
Berbagai dugaan Allah
Diturun kepada nabi
Sebagai menunjuk bukti
Kesetiaan pada ilahi
Kekayaan nabi
Allah tukarkan (Allah tukarkan)
Menjadi miskin (Menjadi miskin)
Keteguhan iman masih tiada berubah
Anaknya yang ramai
Meninggal dunia (Meninggal dunia)
Dugaan Allah (Dugaan Allah)
Iman yang teguh masih tiada berubah
Badan yang sihat
Allah telah tukarkan
Dengan penyakit kulit
Yang sungguh dahsyat
Dengan tenang di hati
Nabi Ayub menghadapi
Dugaan dari tuhan
Tak pernah nabi keluhkan
Tapi iman isterinya
Yang teguh sudah berubah
Ingkar dengan suruhan nabi
Mengikut hasutan iblis
Dengan marah nabi berjanji
Jika penyakitnya sembuh
Hukuman pada isterinya
Pukulan seratus kali
Berdoalah nabi
Pada ilahi (Pada ilahi)
Minta sembuhkan (Minta sembuhkan)
Penderitaan dari penyakit kulitnya
Allah yang berkuasa
Memperkenankan (Memperkenankan)
Doa rasulnya (Doa rasulnya)
Yang telah berjaya menempuh ujian Allah
Maka memancar
Air keluar dari bumi
Di tempat Nabi Allah Ayub
Berdiri
Hilanglah segala
Penyakit yang nabi alami
Dengan bermandi
Minum air yang keluar di bumi
Penyakit yang sungguh dahsyat
Sudah sembuh kembali
Derita dugaan Allah
Berjaya ditempuhi
Semua sudah berubah
Seperti sediakala
Keluarganya berlipat ganda
Hidup aman dan damai
Perjanjian nabi
Yang diucapkan (Yang diucapkan)
Pada isterinya (Pada isterinya)
Hukuman pukulan yang akan dilaksanakan
Kerana isterinya
Yang telah ingkar (Yang telah ingkar)
Mendengar kata (Mendengar kata)
Semasa penderitaan dari penyakitnya
Allah berkuasa
Tiada memperkenankan kata
Sebagai nazar untuk
Nabi melaksanakan
Sebagai penebus janji
Yang telah nabi ucapkan
Kepada isterinya
Yang melakukan dosa
Allah yang maha berkuasa
Berfirman kepada nabi
Ambillah sekerat kayu
Pukulkan pada isterinya
Supaya yang mulia nabi
Tiada melanggar sumpah
Yang telah nabi ucapkan
Pukulan pada isterinya
Sebagai satu tauladan
Kepada umat manusia
Dari ringkasan cerita
Kisah Nabi Allah Ayub
Lagu: Akbar Nawab/ Omar Nawab
Lirik: Omar Nawab




ada tk koleksi keseluruhan lagu irama 25 rasul nii,mcm ne nk download semua lg ni..saya minat sngt..
Salam Izuan, saya ada 1 kaset nie jer… kaset jld 1 saya takde…
boleh saya minta album irama 25 rasul ni dalam bentuk mp3 jika boleh, ini emel saya – berambang@gmail.com
dulu saya ada semua kaset tp da rosak..sy tgh cari balik lagu nihh..sbb lagu dia merdu dan terdapat unsur pelajaran mengenai kisah2 nabi..