
Dengo lagunya kat sini weh…
SEKALI LAGI (GADISKU)
Ku rasa apa yang telah terjadi antara kita
Adalah sebenarnya perkara biasa
Salah faham dan rasa cemburu
Membuat perhubungan kita dingin seperti salju
Kenangan bersamamu bermain di mataku
Segala pahit, manis tersimpan di sudut hatiku
Sebenarnya sering ku teringat tentang dirimu
Adakah kau juga terfikirkan aku?
Apakah khabar gadis pujaanku?
Sekian lama kami tak bertemu
Hatinya luka atas perbuatanku
Sekira berjumpa, kirimlah salamku
Inginku pohon maaf kepadanya
Tapi harga diri menjadi penghalang
Oleh itu, terimalah
Laguku, gadisku
Korus:
Masaku bersamamu
Menjadi kenangan manis hidupku
Berikan peluang akhir
Kan ku buktikan cintaku padamu, gadisku
Gadisku, uuh…uuh…
Lama ku berada di sisi telefon
Mahu memanggilmu tapi ku berlakon
Seakan ku tidak langsung merinduimu
Sebenarnya ku hanya menipu diriku
Berikanlah peluang sekali lagi
Kerana tak sanggup ku hidup bersendiri
Lupakanlah, kisah silam
Kita mulakan, hidup baru
Ulang korus
Berikan ku peluang sekali lagi…gadis ku!
Lagu: Yusry
Lirik: Norman










November 12, 2009 at 9:03 pm |
salam,
aku minat gila dgn KRU.dulu aku kumpul semua album KRU tapi bila dah kawin ni semua album aku tu hilang entah kemana dah.mana boleh dapat album2 tersebut lagi skang ni? ada jual x? cd? mp3?