
Dengo lagunya kat sini weh…
DULU DAN SEKARANG
Dulu engkau menyayangi diriku ini
Apa saja yang ku buat kau senangi
Bagimu akulah cahaya hidup
Menjadi penerang kegelapanmu
Engkau puja dan kau sanjungi diriku ini
Tidak pernah kau menyinggung perasaanku
Hatiku kau belai bagai permata
Kau rela bersama dalam derita
* Namun kini engkau dah mula berubah
Tiada lagi mesra terhadapku
Mujur aku sedar tak lemas tenggelam
Di lautan madu yang beracun
** Apabila kini diriku engkau benci
Apa juga yang ku buat salah belaka
Tiada lagi madah dan pujuk rayu
Hanyalah perpisahan yang kau pinta
Ulang * dan **
Lagu: S. Atan
Lirik: Haron Abdulmajid

Dengo lagunya kat sini weh…
JOGET SINDIR PESAN
Berjalan kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran
Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati si dia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena
Pohonlah pauh ditebang tebang
Disebelah rumah Pak Anjang
Di dalam tempuh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang
Harus tabahkan hati
Fitnah usah peduli
Jangan bertindak melulu
Jauhkan bertengkaran
Eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan
* Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu jalan bersama
** Bungalah rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengundang kami
*** Moga panjang usia
Dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai
Jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan
Ulang * hingga ***
Lagu: S. Atan
Lirik: Haron Abdulmajid




BDB superb
Yeahhhhhhhhh, layanzzzzzzzz