SEPANJANG JALAN KENANGAN 2 (1982)

SEPANJANG JALAN KENANGAN 2

Dengo lagunya kat sini weh…

DIPINGGIR KALI – LATIFAH IBRAHIM

Sedang suria memalu
Burung-burung berkicauan
Sayup azan dialun
Memecah tinggi ke awan
Ku terdengar
Dikau kasih
Diwaktu bertemu dulu

Tiga tahun yang lalu
Kau termenung dipinggir kali
Walau petir berdentum
Tiada kau peduli
Ku hulurkan saputangan ku
Untuk menyapu si airmata

* Tiga tahun tahun kemudian
Kau telah diutuskan
Untuk menyahut panggilan ilahi

** Kini aku termenung
Mengganti kau dipinggir kali
Mengenang nasib untung
Rebas hujan tak ku peduli
Mengharapkan ada insan
Yang dapat mengganti mu

Ulang * dan **

Lagu: J. Sham
Lirik: J. Sham

Dengo lagunya kat sini weh…

BUNGA DIPUJA DIPETIK ORANG – ZAM ZAM

Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasib ku malang
Bunga ku puja dipetik orang

Namun ku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman

* Sungguh kasihan bunga bermadu
Ditinggal kumbang sesudah layu
Apakah ini suratan diri mu sayang
Setelah layu tiada yang mahu

** Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri mu jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana

Ulang * dan **

Lagu: S.A. Vinton
Lirik: Juriah Rahmat

Sila Komen/ Leave a Reply