
Dengo lagunya kat sini weh…
LUKISAN DI AWANGAN
Tenangnya rasa hati
Pada ketika ini
Hembusan bayu di kala senja
Meneguri jiwa ku
Dingin ku rasa
Sentuhan seni Maha Pencipta
Menghiasi alam indah ini
Tiba-tiba di sana
Di kaki angkasa
Seolah tersenyum gembira
Menemani sang suria
Tertawan hati
Kepada lukisan di awangan
Yang tiada tandingan
* Oh warna pelangi
Kembali menyeri di pentas bumi
Oh warna pelangi
Ingin ku capai mu di mimpi ku
Tiada lama kau berada di sana
Hanyalah sementara
Pelangi oh pelangi
Ke mana kau pergi
Adakah kau menghilang diri
Kerana kau tak tahu
Tak mungkin ada
Yang kekal
Buat selama-lama
Melainkan yang Esa
Ulang *
Pelangi oh pelangi
Ke mana kau pergi
Adakah kau menghilang diri
Kerana kau tak tahu
Tiada apa
Yang kekal
Buat selama-lama
Melainkan yang Esa
Lagu: John Goh
Lirik: Johan Nawawi





