
Dengo lagunya kat sini weh…
SUATU HARI DI TAMAN HAIWAN
Suatu hari minggu
Ku ke taman haiwan
Seronok bukan kepalang
Melihat bermacam jenis binatang
Dengan telatahnya
Ada yang ketawa, ada yang meradang
Melihat orang datang
Sepasang rusa sedang bercumbuan
Si dara tersipu
* Burung burung berkicauan
Merebahkan sayapnya
Bila sang kancil merayu
Kepada kekasihnya
Harimau cemburu
Kerana kesepian
Lalu ia meraung
Si monyet bertempiaran
** Manusia melihat telatah si beruk
Yang sedang berdansa
Atau mungkin si beruk yang ketawa
Melihat ragam manusia
Si buaya tersenyum
Melihat si dara
Sambil mengenyit mata
Si dara ketawa
Dan hari pun petang
Sampai waktu pulang
Berakhirlah kisah ragam manusia
Dan juga haiwan
Di suatu hari minggu
Di taman ini
Yang menjadi kenangan
Ulang * dan **
Lagu: A. Ali
Lirik: S. Amin Shahab
Dengo lagunya kat sini weh…
DI TENGAH KOTA
Penat berjalan di tengah kota
Mencari teman bukannya mudah
Kalau tak tau cara bertanya
Kau akan tenggelam
Dibawa arus kesibukan kota
Yang tiada henti dari perubahan
Hidup ini penuh cabaran
Moga dapat bertahan
* Kita manusia tiada berkuasa
Untuk menghalang dunia berputar
Hanya usaha untuk sejahtera
Kita harus mencoba
** Memang sengsara jika hidup sendiri
Bagaikan hidup tanpa matahari
Ooo dari itu
Jangan keterlaluan
Pentingkan diri sendiri
Nanti kau dipulaukan
Ulang * dan **
Ulang **
Lagu: Alleycats
Lirik: M. Nasir





