SEARCH DAN WINGS – DOUBLE TROUBLE (1992)

SEARCH & WINGS

Dengo lagunya kat sini weh…

GEMURUH

Di dalam gerimis penuh rahmat
Dia tersentuh
Cendawan akrab
Sesegar pagi
Nan permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambakan
Cinta sempurna
Dari jiwa bakal surinya

Di dalam kelambu mendung ungu
Dia kesali
Hilang kayangan
Pedoman
Ikhtiar dan arah
Persis si buta mengangankan
Hidup sederhana
Menjamahi hari hari
Mimpi mimpinya

* Sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan menelan sisa
Pahit maung madah pujangga

** Terbukti kasih
Yang hanya serampang berbisa
Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka

*** Tak tersedar
Menyeresapi ke pusar ke insanan
Membibitkan
Titis titis sepekat warna darah dan dosa
Tak tersedar
Menyeresapi ke pusar ke insanan
Membibitkan
Titis titis sepekat warna darah dan dosa…

Solo

Oh…
Ulang *

Ulang ** dan ***

Lagu: M. Nasir
Lirik: Nurbisa

About these ads

4 Responses to SEARCH DAN WINGS – DOUBLE TROUBLE (1992)

  1. syamrani CRK berkata:

    rock antara yang terbaik dan terbukti kalau dibandingkan musik sekarang..keep on rockin’ beb…

  2. CREW DT berkata:

    Kini, persoalan siapakah yang lebih hebat diantara dua rock gergasi tanahair iaitu Search dan Wings tiada lagi dipertikaikan. Mereka telah berjaya mencipta sejarah kehebatan beraksi di atas pentas serta memiliki legasi muzik mereka tersendiri. Dua kumpulan rock lagenda, Search dan Wings bakal disatukan sekali lagi di dalam Konsert Gemuruh DT dengan sokongan serta kerjasama padu dari pihak DiGi! Suntingan perkataan ‘Gemeruh’ telah dipetik dari kehebatan lagu tema konsert Double Trouble yang berjudul ‘Gemuruh’. Manakala DT pula dari singkatan Double Trouble. Maka terlahirlah, Konsert Gemuruh DT!

    Lantaran pengaruh dari peminat-peminat rock tanahair yang masih utuh, disatukan kembali kehebatan dua kumpulan gergasi rock ini beraksi di atas pentas yang sama. Konsert Gemuruh DT diinspirasi berdasarkan album duet Search dan Wings berjudul Double Trouble yang telah diterbitkan disekitar tahun 1992. Gabungan mantap mereka menerusi lagu Gemuruh iaitu lagu tema buat peminat Double Trouble telah melayakkan mereka menerima anugerah platinum berkembar atas kejayaan album tersebut yang telah terjual sebanyak 180,000 unit sekitar tahun 1992.

    Tanggal 1hb Mei, 2010 bertempat di stadium tertutup Mont Kiara, suatu sejarah ‘Rock and Roll’ telah pun tercipta! Konsert Double Trouble yang telah dinanti-nantikan selama 17 tahun oleh peminat-peminat setia mereka muncul kembali! Gabungan tenaga yang hebat serta menakjubkan dari Search dan Wings telah memukau lebih dari 20,000 peminat-peminat yang hadir. Dengan kejayaan luar dari dugaan itu telah mengundang pihak penganjur untuk membawa Konsert Double Trouble ke Johor Baru pada 5hb Jun, 2010. Seperti yang telah dijangkakan, Konsert Double Trouble menerima sambutan yang begitu hebat sekali dari peminat-peminat mereka. Ternyata kehadiran Search dan Wings telah berjaya mengubati kerinduan mereka selama ini!

    Konsert Gemuruh DT akan bermula di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Penang pada 18hb Disember, 2010. Pasti ribuan peminat-peminat Search dan Wings di sebelah utara sudah tidak sabar lagi menunggu kehadiran dua kumpulan rock tersohor ini beraksi di atas pentas yang sama. Fenomena muzik rock akan terus memuncak lagi pada tarikh 25hb Disember, 2010 di Surf Beach @ Sunway Lagoon. Sejarah muzik tempatan akan tercipta sekali lagi kerana DT artis merupakan dua kumpulan rock tempatan pertama diberikan penghormatan mengadakan konsert tersendiri di Surf Beach @ Sunway Lagoon.

    Konsert Gemuruh DT dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah. Dengan kehebatan dua legenda rock, pencinta muzik dapat menyaksikan persembahan hebat mereka menerusi lebih 20 lagu hits yang dipersembahkan Search dan Wings. Pastinya, Search tidak akan ketinggalan melagukan lagu-lagu hebat mereka yang malar segar seperti Fantasia Bulan Madu, Isabella, Pawana, Fenomena, Meniti Titian Usang, Opera Hidup, Derap Komando dan banyak lagi.

    Sementara Wings tidak akan menghampakan peminat mereka dengan lagu-lagu popular seperti Teori Domino, Pentas Opera, Peronda Jaket Biru, Rock ‘n’ Roll Lu Punya Suka, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Bernafas Dalam Lumpur.

    Konsert Gemuruh DT dianggap sebagai penyatuan semula dua kumpulan legasi rock yang telah pun bertahan melebihi dua dekad. Saingan yang hebat dengan kemunculan kumpulan-kumpulan rock yang jauh lebih muda dan bertenaga tidak sesekali mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di persada seni. Search dan Wings tetap unggul di hati peminat-peminat mereka yang setia.

    Tanggal 25hb Disember, 2010, merupakan ‘finale’ Konsert Gemuruh DT sebagai penutup tirai tahun 2010! RYE Production mengambil kesempatan keemasan ini untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada dua kumpulan rock legenda tanahair. Kami amat berbangga sekali dapat bekerjasama dengan mereka dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Digi kerana sudi menaja persembahan Konsert Gemuruh DT. Begitu juga kepada pihak Sunway Lagoon dan penaja-penaja yang lain.

    Dengan gabungan dua kumpulan rock ternama ini, kami ingin mengimbas kembali kenangan manis zaman kegemilangan muzik rock tempatan yang ditujukan khas kepada peminat-peminat mereka. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak-pihak yang terbabit di dalam pengendalian Konsert Gemuruh DT.

    Masih mengekalkan harga tiket berharga RM70. Tiket-tiket boleh dibeli dikaunter tiket seperti yang tertera.

  3. Aris Andika Putrawan berkata:

    Mantap sangat

  4. ANDI berkata:

    aku sangat suka lagu malaysia aku pencinta lagu malaysia top abis lagu malaysia

Sila Komen/ Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,740 other followers

%d bloggers like this: